Home Members About Us Contact Us Sitemap
Menu Utama
UTAMA
PENGURUSAN
BERITA
AKADEMIK
HAL EHWAL PELAJAR
KOKURIKULUM
INFORMASI
RENUNGAN
HUBUNGI KAMI
CARIAN
PERTANYAAN
BESTARI
KOSMEK BERHAD
Pautan
KPM
JPNS
PPD Sabak Bernam
TUTOR
MyGuru
MySchoolnet
STATUS HALAL
MyGFL
WEB ADMIN
Motto SMK
Daftar





Hilang Katalaluan?
Tiada akaun lagi? Daftar
LAHIR BULAN INI

1. Basri b Jaafar
2. Jalina bt Jaafar
3. Juwaini b Ishak
4. Khairul Azman b Abd Hamid
5. Mohd Takiudin b Abd Rahman
6. Mohd Radzi b Abd Rahim
7. Mohd Yusof b Abu Samah
8. Norfaridah bt Jajuli
9. Sazuna bt Abd Wahid
10.Shuhada bt Hj Husin

SELAMAT HARI JADI...
MOGA PANJANG UMUR
DAN MURAH REZEKI

Bilangan Pelawat


UTAMA

Adalah dimaklumkan bahawa semua mesyuarat panitia matapelajaran hendaklah diadakan di luar masa pengajaran dan pembelajaran. Ini bagi memastikan proses p&p tidak terganggu. Arahan ini berkuatkuasa serta merta.
Harap maklum. Terima kasih.


 

 

Kepada semua calon PMR, SPM dan STPM : SELAMAT MENDUDUKI PEPERIKSAAN. Diharap semua pelajar dapat menjawab dengan tenang dan semoga beroleh kejayaan.


 

 

Kini anda boleh menyampaikan ucapan kepada rakan-rakan melalu web sekolah. Jadilah orang pertama menghantar ucapan kepada rakan anda sempena Hari Kemerdekaan atau musim peperiksaan ini.


 

 
Guru-guru yang mempunyai bahan untuk dimuatkan dalam web sekolah boleh menyalurkan bahan tersebut kepada Cikgu Japri Ismail atau Ustaz Ahmad Badri Abdul Wahid.

 
SEMUA guru dipelawa untuk menggunakan makmal komputer sekolah untuk menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran.

 
 

SALAM LEBARAN 1429H
 
UCAPAN SELAMAT HARI RAYA

 

   "SAYA ingin merakamkan jutaan terima kasih dan penghargaan kepada semua  guru dan staff yang memberi kerjasama kepada saya sepanjang tahun ini. Saya berharap semua warga guru dan bukan guru terutamanya yang beragama Islam dapat menjalani ibadah puasa dengan sempurna. Kepada mereka yang ingin balik kampung, diharap dapat mematuhi peraturan jalan raya dan memandu dengan berhati-hati. Biarlah kita berhari raya dengan penuh kegembiraan dan jangan cemarkan suasana Hari Raya yang mulia dengan tangisan. Jika Tuan/Puan ada kelapangan, silalah singgah di rumah saya di Sabak Bernam. SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI, MAAF ZAHIR DAN BATIN"

 "Aidilfitri 1429H  ini hendaknya mendatangkan rahmat kepada semua.  Saya berdoa agar Hari Raya tahun ini disambut dengan meriah dan penuh kerahmatan. Moga Allah membalas amalan kita di sepanjang bulan Ramadhan ini dengan sebaik-baik balasan. Jemputlah datang ke rumah saya. Akhirnya saya sekeluarga ingin mengucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI, MAAF ZAHIR DAN BATIN. Ampunkan segala dosa saya kepada Tuan / Puan pada masa yang lalu."

 
  "Assalamualaikum kepada semua warga SMK Sg Besar, sahabat handai, kaum keluarga jauh dan dekat dan kepada semua umat Islam. Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDIL FITRI. marilah kita bersalaman, mengampunkan dosa antara satu sama lain dan membuka lembaran baru dalam kehidupan. Semoga semua mendapat rahmat dan keredhaan Allah. Amin" 

 

Baca lagi...
 
Tazkirah Hari Raya

Sempena hari raya ini, marilah sama-sama kita merenung sebuah hadith Nabi yang diriwayatkan oleh Anas bin Malik, berkaitan dengan konsep 'hari raya' yang lebih luas. Menurutnya, Nabi Muhammad saw. bersabda hari raya yang sebenarnya bagi orang beriman itu ada pada 5 keadaan: 

1. Setiap hari ia berjalan dan bertemu seorang yang beriman serta ia tidak melakukan sebarang dosa, itu ialah hari raya baginya. 

2. Hari keluarnya dari dunia dengan penuh keimanan dari tipu daya syaitan 

3. Hari menyeberang Siratul Mustakim dan terselamat dari bencana jatuh ke dalam api neraka 

4. Hari kita masuk syurga dengan selamat dan terlepas dari api neraka    

5. Hari ia menatap wajah Allah Ta'ala 

Menurut Nabi Muhammad saw. Hari Raya bagi setiap orang beriman ada pada 5 ketika; iaitu setiap hari yang dia tidak melakukan sebarang dosa, saat meninggal dunia dalam husnul-khatimah, hari berjaya melintasi Siratul-Mustakim dan terselamat dari masuk ke neraka,  masuk ke dalam syurga dan hari dia mengadap Allah Taala. 

Sekiranya kita tidak melakukan sebarang dosa pada sesuatu hari, itu adalah hari raya bagi kita. Kalaulah kita berusaha sungguh-sungguh menghindarkan diri melakukan sebarang dosa dengan menjauhi larangan Allah serta mematuhi segala perintah Allah, hari itu adalah sebenarnya hari yang harus dirayakan. 

Saat menghembuskan nafas terakhir dengan penuh keimanan dari tipu daya syaitan juga termasuk dalam 'hari raya' yang dimaksudkan oleh Nabi Muhammad saw.  Saat sakratul-maut adalah masa yang paling genting bagi setiap individu. Kesakitannya yang amat sangat bukan saja menimpa jasad bahkan rohnya juga; seperti yang digambarkan oleh ulama kesakitannya lebih dahsyat daripada dipalu dengan 1000 pedang, atau digunting dengan beberapa gunting atau digergaji dengan beberapa gergaji. Malahan dikatakan saat sakrat adalah hari kiamat bagi si-mati. Menurut Imam Ghazali kesusahan mati itu 3, pertama kesakitan sakrat, kedua kesusahan melihat kedatangan malaikatul-maut dengan mukanya yang amat bengis dan ketiga kesusahan jika dinampakkan tempat kediaman di neraka (jika ahli maksiat). Sudahlah tidak tertahan dengan kedahsyatan yang amat sangat, syaitan pula sibuk menangguk di air keruh. Di saat inilah dia menjalankan taktik dan strategi terakhir untuk menumpaskan kita. Hanya orang yang Allah tetapkan mati dalam husnul khatimah saja terlepas dari tipu dayanya. Berjayanya kita di saat ini barulah kita dapat menikmati hari raya sebenarnya. Namun alam perkuburan merupakan alam yang penuh dengan peristiwa-peristiwa dahsyat. Bagi orang mukmin, ia merupakan satu taman dari taman-taman syurga, sebaliknya bagi orang kafir, alam barzakh adalah satu pintu dari pintu neraka. 

Hari Raya seterusnya adalah hari kita berjaya melepasi api neraka selepas merentas Titian Siratul Mustaqim. Sebelum menyeberang jambatan yang direntang di atas kawah neraka, setiap individu disoal dan ditimbang amalan baik dan jahatnya. Selesai dari segala perhitungan tersebut barulah diperintah meniti Titian yang sangat tajam dan sangat halus ini. Orang yang mengikut jalan lurus semasa di dunia selamat menyeberang dengan kelajuan yang pantas. Malangnya mereka yang menyeleweng dari jalan lurus di dunia gagal dan jatuh ke dalam api neraka. Bayangkan betapa dahsyat dan ngerinya berada di jambatan yang di bawahnya terdapat lautan api yang sentiasa mengait sesiapa saja yang berdosa. Andainya terlepas dari tercebur ke neraka, barulah boleh kita berhari raya. 

Hari kita masuk syurga adalah hari raya seterusnya bagi orang beriman. Terlepasnya dari neraka bermakna kita akan dimasukkan ke dalam syurga yang penuh dengan kenikmatan dan kelazatan. Syurga adalah tempat manusia pilihan. Penghuni-penguni syurga dengan muka yang berseri-seri diberikan kerajaan yang sangat luas dengan mahligai yang besar serta menikmati pelbagai juadah yang lazat-lazat. Pendeknya mereka beroleh segala kelazatan dan terhindar dari segala seksa. Inilah sebenarnya hari raya bagi orang mukmin. 

Hari raya yang paling meggembirakan orang beriman ialah di saat memandang wajah Agung Ilahi. Inilah kenikmatan yang paling agung dan lazat sehingga  terlupa kelazatan dan kenikmatan syurga. Ia merupakan puncak atau klimaks kenikmatan orang beriman. 

Memandangkan kita belum pun menempuh saat-saat di atas, sepatutnya kita berasa cemas dan berwaspada. Dalam masa kita bersuka ria menyambut hariraya ini, lintaskanlah di hati sanubari kita bahawa hari raya sebenarnya belum kita tempuhi lagi. Amat jauh terpesongnya budaya kita yang menyambut hariraya dengan maksiat seperti hiburan, nyanyian, tarian dan pelbagai kegilaan yang melupakan kita akan hari raya sebenarnya.  Hari Raya Idilfitri hanya satu gambaran atau tamsilan bagi kita merenung bahawa Allah akan membalas dengan ganjaran baik jika berjaya melepasi rintangan hawa nafsu dan mengendalikan hidup mengikut cara yang Allah redhai. 

Mudah-mudahan hariraya yang kita hadapi ini tidak berakhir di sini saja, sama-samalah kita berdoa semoga ia berterusan sehinggalah kita berjaya melepasi sakratul-maut, titian siratul-mustaqim, menjadi penghuni syurga dan akhirnya mengadap zat Allah Taala di syurga kelak. Amin..

 

© 2008 SMK Sungai Besar, Selangor Darul Ehsan, MALAYSIA.
Joomla! is Free Software released under the GNU/GPL License.

Perkhidmatan Web: EDU-My.Net

Friday, 21 November 2008
LINK PANAS
Guru Minggu Ini

 

MOHD HAFID B TUJAD


ZURZIANIS BT
KAMARULZAMAN

Undian
Saya berpendapat bahawa Hari Raya tahun ini lebih bermakna daripada tahun-tahun yang sudah.
 
Siapa Ditalian
MOTIVASI